Elaun guru Takmir dinaikkan, bayaran one-off RM500 untuk imam

  • 4 years ago
Bagi menghargai jasa 4,000 Guru Takmir sebagai antara penggerak komuniti di peringkat kariah, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar elaun Guru Takmir daripada 800 kepada 900 ringgit sebulan.

Bayaran khas secara one-off sebanyak 500 ringgit juga akan diberikan kepada para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, guru Takmir, dan guru KAFA.