Bayaran kebajikan dinaikkan sehingga RM1,000

  • 4 years ago
Sehubungan itu, bagi menambah baik kebajikan golongan rentan, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan seperti berikut:

Pertama: Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan daripada 250 kepada 300 ringgit;

Kedua: Kadar Bantuan Warga Emas dan Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan daripada 350 kepada 500 ringgit;

Ketiga: Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan daripada 400 kepada 450 ringgit;

Keempat: Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan daripada 100 ringgit seorang anak dengan maksimum 450 ringgit sekeluarga, kepada 150 ringgit seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau 200 ringgit seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum 1,000 ringgit sekeluarga. Semoga peningkatan kadar ini membantu dengan penjagaan anak-anak serta nutrisi makanan.

Kenaikan kadar ini melibatkan peruntukan sebanyak 2.2 bilion ringgit iaitu tambahan sebanyak 700 juta ringgit dan memanfaatkan lebih daripada 400 ribu penerima.

Recommended