Bantuan kecemasan RM500 untuk mangsa banjir di Selangor
  • 4 years ago
Kerajaan negeri Selangor akan memberi bantuan kecemasan sebanyak RM500 kepada mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di negeri itu baru-baru ini.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor meminta penduduk yang terjejas untuk membuat laporan polis dengan segera bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil di sini hari ini.