Bantuan RM500 ribu untuk hilang upaya, maut akibat vaksin
  • 3 years ago
Kerajaan hari ini meluluskan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19 untuk warga tempatan dan asing yang mendapat kesan sampingan serius selepas menerima vaksin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, RM500,000 akan diberikan sekiranya berlaku hilang upaya kekal ataupun kematian disebabkan suntikan vaksin Covid-19

Manakala bantuan RM50,000 diberikan jika berlaku kesan sampingan serius kepada penerima vaksin Covid-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.

sumber video: https://www.facebook.com/Khairykj/videos/855206208390509