KPM tak pernah tutup ruang untuk guru beri pandangan - Radzi
  • 2 years ago
Kementerian Pendidikan tidak pernah menutup ruang buat para guru yang ingin menyatakan pandangan dan kebimbangan mereka, kata Menteri Kanan Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin.

Kenyataan itu bagi mengulas dakwaan bahawa pihaknya tidak terbuka dalam menerima pandangan dan luahan yang disuarakan oleh para guru.

Baru-baru ini, seorang guru sekolah rendah Mohd Fadli Salleh menyuarakan kebimbangan bakal dikenakan tindakan buang kerja atau turun pangkat selepas menyatakan kritikan berhubung isu pendidikan secara terbuka.