Pertama kali, guru terima RM100 Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar

  • 3 years ago
Kerajaan buat pertama kalinya bersetuju menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM100 sebagai menghargai peranan guru-guru ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi bantuan itu, lebih 400,000 guru sekolah di Kementerian Pendidikan bakal menikmati manfaat itu.