'YB Menteri tolong saya, ini soal nyawa!'

  • 5 years ago
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim hari ini memohon supaya kerajaan pusat mengisytiharkan darurat di Pasir Gudang, Johor susulan pencemaran Sungai Kim Kim di daerah Pasir Gudang, Johor akibat pembuangan toksik.Kata Hassan (PH-Pasir Gudang), usul yang dipohon kepada Speaker Dewan Rakyat itu adalah bertujuan memastikan bencana pencemaran toksik berkenaan dapat dikawal.Hassan berkata demikian ketika mencelah semasa Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat, pagi ini.