Saya akan luluskan permintaan penjaja, tapi tolong bantu saya - PM
  • 2 years ago
Ismail Sabri Yaakob berjanji akan meluluskan semua permintaan penjaja dan peniaga kecil sekiranya beliau dilantik sebagai perdana menteri selepas PRU15.

Berucap kepada ribuan penjaja dan peniaga kecil di Dataran Merdeka hari ini, beliau berkata golongan itu dekat di hatinya kerana dia sendiri pernah menjadi penjaja yang menjual limau dan ikan semasa di sekolah rendah.

Perdana menteri sementara itu bagaimanapun memohon komuniti penjaja dan peniaga kecil untuk 'membantunya' pada PRU15 akan datang.