Himpunan 'Demokrasi Mati, Ayuh Turun Ke Jalan' di Dataran Merdeka

  • 4 years ago
Kira-kira 50 hingga 100 orang berkumpul di Dataran Merdeka untuk menyatakan bantahan mereka kepada kemelut politik yang berlaku sekarang.

Bersama mereka ialah pelbagai plakad yang menggesa agar pembaharuan dilakukan, serta mengecam apa yang dilakukan ahli politik sekarang.

"Mereka tidak menunaikan janji. Mereka sibuk bergaduh nak kuasa. Akhirnya yang miskin makin tersakiti," kata salah seorang peserta semasa berucap.

"Kalau politikus masih nak main politik, kita harus turun ke jalanraya dan rampas balik kuasa kita!"

Susulan protes yang dilakukan di majlis konvokesyennya di Universiti Malaysia tahun lepas, Wong bakal didakwa esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.