'Saya berdiri di sini, saya masih perdana menteri' - Muhyiddin
  • 4 years ago
Enggan terganggu dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai majoriti parlimen, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiba di Sabah semalam untuk meneruskan kempen meraih sokongan buat Gabungan Rakyat Sabah.

Tampil dengan kemeja batik, Muhyiddin malam tadi dengan tegas memberitahu hadirin di majlis ramah mesra anjuran Perikatan Nasional di DUN Luyang bahawa dia masih perdana menteri.

Muhyiddin enggan berkata lebih lanjut mengenai perkara itu dan mengatakan bahawa itu adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Recommended