Muhyiddin Perdana Menteri yang sangat lemah, kata Dr M
  • 4 years ago
Selepas Muhyiddin Yassin mengambil alih kerajaan, dia membuat perubahan struktur kerajaan yang pertama kali menyaksikan tiada jawatan timbalan perdana menteri.

Sebaliknya, Muhyiddin melantik empat "menteri kanan", yang merupakan jawatan lebih tinggi berbanding menteri lain biasa dan hanya satu tahap di bawah perdana menteri.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu melantik dua pemimpin dari partinyadan masing-masing satu dari GPS dan Umno bagi mengisi jawatan menteri kanan.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini pada Khamis lalu, Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang sangat lemah kerana memerlukan sokongan Umno dan PAS untuk memastikan dia dan kerajaan Perikatan Nasionalnya berkuasa.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/542218
Recommended