Masa untuk rentas negeri makin hampir, kata Perdana Menteri
  • 3 years ago
Aktiviti rentas negeri yang ditunggu-tunggu kini sudah semakin hampir untuk dibenarkan susulan peningkatan kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau amat memahami rintihan rakyat yang ingin pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan khabar gembira itu akan diumumkannya sebaik kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.