Mahu rentas negeri? Sabar sedikit lagi, kata Khairy
  • 3 years ago
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini memaklumkan, lebih banyak kelonggaran termasuk pergerakan rentas negeri akan diberikan dalam tempoh terdekat.

Ketika mengesahkan perkara itu, Khairy berkata ketika ini masih terdapat beberapa negeri yang mempunyai nilai ambang vaksinasi di tahap rendah.