Ustaz Farid Abu Auliya didenda RM2,800 mengajar agama tanpa tauliah
Seorang penceramah bebas yang disiasat berhubung kes jenayah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu atas satu pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Faridul Firdaus Zaulkapli, 39, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Abu Auliya dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin.
00:00Seorang penceramah bebas yang disiasat berhubung kes jenayah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam pada rabu atas satu pertuduhan mengajak agama Islam tanpa tauliah tahun lalu.
00:13Faridul Firdaus Zawal Kapli, 39 tahun yang lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Abu Awliya dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Syariah, Siti Rahmah Husin.
00:26Mahkamah memerintahkan lelaki yang mempunyai 10 anak itu dipenjara selama 10 hari sekiranya gagal membayar denda terbabit.
00:35Mengikut pertuduhan, lelaki yang mempunyai dua isteri itu didakwa mengajak perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Selangor.
00:46Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah surau di Seksyen 19 Shah Alam pada jam 8.15 hingga pukul 8.40 malam 2 September 2024.
00:55Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
01:11Sementara itu, di Mahkamah Sama, Faridol Firdaus turut dikenakan penalti RM1,500 kerana gagal hadir ke prosiding pada 21 Mei lalu atas kesalahan sama sehingga waran tangkap dikeluarkan.
01:25Sebelum ini, polis menyiasat seorang penceramah bebas yang didakwa menyebarkan video membabitkan istrinya dan beberapa wanita lain.