Seorang penggali kubur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Tertuduh, Muhammed Syahril Reza Omar, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
00:00Seorang penggali kubur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Taiping pada Khamis atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun minggu lalu.
00:12Tertuduh, Muhammad Syahril Reza Omar, 43 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nabi Syah Ibrahim.
00:21Duda tiga anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam tandas wanita sebuah masjid di Kamunting dalam daerah Larut Matang dan selama kira-kira jam 12.30 hari pada 11 Julai 2025.
00:34Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 Kurungan A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017.
00:43Kes dikendalikan pegawai pendakwa, Asisten Superintenden Syabani Bahari.
00:48Mahkamah menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes.