Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Keadaan semasa di Empangan Kolam Bukit Merah, Bagan Serai terus membimbangkan apabila paras air dilaporkan menyusut dengan ketara susulan cuaca kering berpanjangan yang melanda sejak Mei lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Tinjauan Sinar Harian pada Khamis di Kampung Selamat, Semanggol mendapati permukaan air kolam semakin surut sehingga menampakkan dasar yang retak dan merekah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739100/edisi/perak/paras-air-kolam-bukit-merah-menyusut-pesawah-rayu-jadual-bekalan-air-disemak-semula

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kemarau #KolamBukitMerah #KarnivalSiangMalam

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keadaan semasa di empangan kolam Bukit Merah
00:06terus membimbangkan apabila paras air dilaporkan
00:10menyusut dengan ketara susulan cuaca kering berpanjangan
00:13yang melanda sejak Mei lalu.
00:15Tinjauan sinah harian pada Khamis di Kampung Selamat
00:18semanggul mendapati permukaan air kolam semakin surut
00:22sehingga menampakkan dasar yang retak dan merekah.
00:25Cuaca panas tanpa hujan konsisten sejak beberapa bulan
00:29kebelakangan ini menjadikan kawasan sekitar empangan
00:33kelihatan tandus dan membeku.
00:36Menurut maklumat rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran
00:38JPS Perak, kolam Bukit Merah kini berada pada
00:42aras kritikal pengairan tahap 2.
00:45Paras air semasa mencatat bacaan di bawah 23 kaki
00:48iaitu tahap yang mewajibkan pelaksanaan langkah
00:52pencatuan bekalan air ke kawasan sawah padi
00:55secara serta-merta.
00:57semua pesawah diminta merujuk kepada ketua unit masing-masing
01:01bagi mendapatkan jadual terkini berkaitan giliran
01:05pembekalan air bagi memastikan sumber air yang terhad dapat
01:09diagihkan secara ada dan cekap ke semua kawasan
01:13pertanian terlibat.

Recommended