Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Bekas pengarah Syarikat Emraz Travel & Tours Sdn Bhd mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret Klang pada Khamis, atas dua pertuduhan salah guna harta termasuk wang pakej umrah, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Datuk Zulkarnain Endut, 44, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca terhadapnya.

Muzik: Elevate - Benjamin Tissot dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #EMRAZ #BekasPengarahSyarikat #KarnivalSiangMalam

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas pengarah syarikat Imras, Traver & Tours, Sendiam Berhad mengaku tidak bersalah di dua mahkamah Magistrik Kelang pada Khamis atas dua pertuduhan salah guna harta termasuk uang pakej umrah dua tahun lalu.
00:13Dato' Zulkarnay Endot, 44 tahun membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca terhadapnya.
00:19Bagi pertuduhan pertama, dihadapan Magistrik Siti Zubaidah Mahan, bapa kepada seorang anak itu didakwa menyalahgunakan wang milik seorang lelaki berusia 45 tahun berjumlah RM27,960.20 di sebuah premis di Jalan Tanjung Syawal Klang antara 1 Februari hingga 28 Julai 2023.
00:40Sementara pertuduhan kedua dihadapan Magistrik Noaz Zillah Mahan, lelaki itu didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM21,000 milik pelanggannya.
00:53Wang berkenaan merupakan pakej umrah yang tidak dilaksanakan tertuduh di Bandar Sultan Sulaiman Klang pada 23 Februari hingga 9 Mac tahun lalu.
01:02Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keselesaian manakala pertuduhan kedua dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Serupa.
01:12Sebelum ini, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, MOTEC, membatalkan lesen Imras Travel and Tours berkuat kuasa 9 Mac tahun lalu.
01:19Pada dua pera tahun sama pula, Lembaga Tawun Haji menggantung lesen syarikat berkenaan dalam usaha melindungi kebajikan bakal jemaah haji berikutan aduan awam mengenai perkhidmatan umrah mereka.
01:32Terima kasih telah menonton!

Recommended