Pengasas e-Hati, ahli keluarga direman bagi siasatan tiga kesalahan
Enam individu termasuk pasangan suami isteri pengasas program motivasi rumah tangga eHati dan seorang anak mereka direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu bagi membantu siasatan kes mengaibkan seseorang, berkelakuan tidak senonoh dan dakwaan melakukan jenayah kesalahan kecil, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Majistret, Ameera Mastura mengeluarkan perintah demikian selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis terhadap semua suspek yang berusia antara 26 hingga 47 tahun.
Pada Selasa, peguam, Datuk M Reza Hassan berkata, anak guamnya ditahan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.