Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
'Beri keadilan, bersihkan nama Syed Ahmad Idid'

Kerajaan dan pihak bertanggungjawab perlu mengkaji semula isu yang melibatkan Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid bagi memberikan keadilan kepada bekas Hakim Mahkamah Tinggi itu.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, Syed Ahmad Idid menjadi mangsa keadaan ketika beliau cuba menjadikan badan kehakiman sebagai sebuah entiti yang dihormati, disegani dan bersih daripada rasuah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738867/berita/nasional/beri-keadilan-bersihkan-nama-syed-ahmad-idid

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedAhmadIdid #SyedHamidSyedJaafarAlbar #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Kerajaan dan pihak bertanggungjawab perlu mengkaji semula isu yang melibatkan Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid bagi memberikan keadilan kepada bekas hakim mahkamah tinggi itu.
00:12Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Syed Jafar Alba berkata, Syed Ahmad Idid menjadi mangsa keadaan ketika beliau cuba menjadikan badan kehakiman sebagai sebuah entiti yang dihormati, disegani dan bersih daripada rasuah.
00:25Menurutnya, ketika kejadian itu berlaku, masih-masih belum ada akta yang melindungi pemberi maklumat dan Syed Ahmad Idid mendedahkan sesuatu berasaskan kebenaran.
00:35Kata Syed Hamid, oleh kerana tiada perlindungan, maka Syed Ahmad Idid disuruh meletak jawatan tanpa diberikan hak pencen, pampasan dan sebagainya.
00:45Jelasnya, kerajaan perlu menilai semula kes ini seperti mana yang pernah berlaku kepada Allahyarham Tun Salih Abbas, membuat keputusan dan memberikan pampasan yang sewajarnya.
00:56Sebelum ini, Syed Ahmad Idid mendedahkan bahawa beliau tidak menerima sebarang keistimewaan sebagai penjawat awam, termasuk bayaran pencen selepas dipaksa meletakkan jawatan kira-kira 30 tahun lalu.
01:09Beliau memaklumkan bahawa itu merupakan sebahagian harga yang perlu dibayar demi integriti, berikutan tindakannya menulis sepucuk surat pada tahun 1996 bagi mendedahkan dakwaan salah laku yang melibatkan badan kehakiman di Malaysia ketika itu.
01:24Jelas Syed Ahmad, pemulangan hak pencen dan keistimewaan sebagai penjawat awam kepada bekas Hakim Mahkamah Tinggi tersebut, tidak bermaksud membetulkan perkara lama atau menghukum mana-mana pihak yang terlibat, sebaliknya bertujuan menegakkan integriti penjawat awam demi masa depan Malaysia yang lebih baik.
01:43Terima kasih telah menonton!

Recommended