Pelantikan Ketua Hakim Negara: PN harap proses bebas pengaruh politik
Perikatan Nasional (PN) menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan wujud konflik kepentingan jika Perdana Menteri terlibat secara langsung dalam proses pelantikan dua jawatan tertinggi badan kehakiman negara yang dijangka kosong awal Julai ini.
Dua jawatan tersebut ialah Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang masing-masing disandang hakim kanan, PN difahamkan kedua-dua penyandang jawatan berkenaan tidak ditawarkan penyambungan tempoh perkhidmatan selama enam bulan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penglibatan Perdana Menteri dalam menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan itu dilihat tidak wajar kerana beliau sendiri masih berdepan dengan kes mahkamah yang belum diselesaikan.
00:00Perikatan Nasional, PN, menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan wujud konflik kepentingan jika Perdana Menteri terlibat secara langsung dalam proses pelantikan dua jawatan tertinggi Badan Kehakiman Negara yang dijangka kosong awal Julai ini.
00:15Dua jawatan tersebut ialah Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan yang masing-masing disandang Hakim Kanan, PN difahamkan kedua-dua penyandang jawatan berkenaan tidak ditawarkan penyambungan tempoh perkhidmatan selama enam bulan seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
00:33Ketua WIPPN, Datuk Seri Takyuddin Hassan berkata, penglibatan Perdana Menteri dalam menasihati yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan itu dilihat tidak wajar kerana beliau sendiri masih berdepan dengan kes mahkamah yang belum diselesaikan.
00:48Menurutnya, ini secara langsung menimbulkan konflik kepentingan yang nyata dan boleh menghakis keyakinan awam terhadap kebebasan serta integriti institusi kehakiman negara.
00:59Kata beliau, dalam sebuah negara yang menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang, keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi juga mesti kelihatan dilaksanakan.
01:11Sehubungan itu, PN menyatakan sokongan terhadap resolusi yang dikemukakan oleh Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman yang dianggotai tokoh negarawan, pakar perundangan serta wakil masyarakat sibil.
01:23Jelas Datuk Seri Takiyuddin, tiga cadangan utama telah diketengahkan.
01:28Perdana Menteri wajar menarik diri daripada terlibat dalam proses pelantikan hakim kanan sehingga kes beliau di mahkamah selesai.
01:36Mekanisme interim perlu diwujudkan, sama ada menerusi pembentukan jawatan kuasa khas atau pelibatan lebih bebas oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi mengelakkan percanggahan kepentingan.
01:48Dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman perlu diperkukuh dan dirombak supaya bebas daripada pengaruh eksekutif, termasuk melalui pengesahan silang oleh jawatan kuasa pilihan parlimen, sebagaimana diamalkan di negara demokrasi lain.