Empat polis direman minta, terima suapan selesai kes tunang berdua-duaan dalam kereta
Empat anggota polis termasuk seorang sukarelawan polis (PVR) direman selama lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000 sebagai balasan supaya pengadu tidak dikenakan tindakan atas kesalahan kononnya berdua-duaan di dalam kenderaan.
Perintah reman terhadap individu masing-masing berusia 26 hingga 40 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sehingga Sabtu ini selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, pada Selasa.
00:00Empat anggota polis termasuk seorang sukarelawan polis, PVR, direman selama lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000 sebagai balasan supaya pengadu tidak dikenakan tindakan atas kesalahan kononnya berdua-duaan di dalam kenderaan.
00:15Perintah Rehman terhadap individu masing-masing berusia 26 hingga 40 tahun itu dikeluarkan oleh Magistrat Shardashinhe Mohamad Suleiman sehingga Sabtu ini selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Melaka pada Selasa.
00:32Terdahulu, kesemua mereka ditahan ketika diarahkan menghadiri pengecaman suspek di Pejabat SPRM Melaka antara jam 3.50 hingga pukul 4 petang pada isnin lalu.
00:42Sumba berkata, kesemua suspek termasuk tiga daripada mereka adalah dua anggota polis berpangkat koperal berusia 33 dan 36 tahun, konstabel berusia 26 tahun serta anggota sukarelawan polis berpangkat koperal berusia 40 tahun, dipercayai telah menahan pengadu yang ketika itu sedang berdua-duaan dalam sebuah kenderaan di parkir Jalan Melaka Mall.
01:04Menurutnya, pengadu yang merupakan pasangan tunang itu kemudian dibawa ke balai polis dan ketika di sana mereka dipercayai meminta suapan berjumlah RM4,000 namun, mangsa hanya dapat memberikan wang tunai sebanyak RM2,000.
01:19Sementara itu, pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Syafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16-A-B Akta SPRM 2009.