Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 6/20/2025
Raya Haji dah makin dekat, bau daging korban dah terbayang-bayang! Jom kita masak daging tetel tumis simple tapi power, pedas-pedas sikit, baru ngam makan dengan nasi putih panas. ๐ŸŒถ๏ธ๐Ÿ”ฅ

Bahan-bahan:

1 kg daging tetel

1 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

2 batang serai (diketuk/potong serong)

2 inci halia

3-4 helai daun limau purut

8-10 biji cili padi (tambah ikut tahap berani ๐Ÿ˜…)

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu besar air asam jawa (lebih kalau nak masam sikit)

Minyak untuk menumis

Cili flakes (optional untuk extra kick)

Garam & perasa

Taburan daun bawang untuk naik seri ๐Ÿ’š

Cara-cara:

Rebus daging tetel tanpa minyak sampai keluar air dan empuk (kalau liat, tambah air sikit).

Dalam kuali lain, tumis bawang putih, bawang merah, halia & serai dengan minyak sampai naik bau.

Masukkan air asam jawa & serbuk kunyit, kacau biar warna naik.

Campakkan daun limau purut dan cili padi. Tumis sampai agak kering.

Masukkan daging rebus, gaul rata sampai bahan tumis menyelaputi daging.

Taburkan cili flakes kalau suka pedas lebih. Akhir sekali, perasakan dengan garam & cukup rasa.

Tutup api, tabur daun bawangโ€ฆ siap! ๐Ÿ˜

Nak makan dengan nasi impit pun padu gila! Selamat mencuba dan selamat menyambut Aidiladha. ๐Ÿ„๐Ÿ•Œ๐Ÿ’›

๐Ÿ‘‰ Tip: Daging tetel paling sedap bila dimasak pedas-pedas dan beraroma. Makan dengan nasi panas memang puas hati!

#majalahrasa #rasashare #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa #rayakorban #resipiraya #rasaumph #masakrayadenganRASA #resipirayahaji #tetelasam #dagingtetel
Transcript
00:00Assalamualaikum, sempena raya hajin dekat ni jom kita buat tetel goreng asam
00:04Ini bahan-bahan dia, kita potong dulu bawang merah satu biji, lima ulas bawang putih
00:11Dua batang serai potong serong macam ni dan dua inci halia, lebih halia lagi sedap
00:16Dan juga daun lima purut kita potong macam ni
00:19Mula-mula kita masakkan dulu satu kilo daging tetel ni tanpa minyak
00:23Kita goreng ni sebab kita nak keluarkan air daging-daging lebihan kat tetel tu kan
00:27Contoh kalau tak lembut juga, tambahlah air sehingga dia tenggelam macam ni
00:32Tu ketepikan dia
00:33Dan kita tomes bahan-bahan yang kita potong tadi tu
00:35Macam serai halia bawang putih dan juga bawang merah
00:38Tomes sampai naik bau dah kering cantik macam ni
00:40Masukkan air asam jawa goreng tomes dia sampai naik bau
00:45Barulah masuk lima purut, sebok kunyit, kacau bagi dia warna kuning macam ni
00:50Masukkan cili padi, lagi pedas lagi sedap daging tetel ni
00:54Bila kita dah tomes kering sikit, barulah kita masuk daging tetel kita
00:58Kacau sebati, nak lagi pedas hingga menyengat
01:01Kita tambah cili flake
01:02Sebab tetel ni sedap makan pedas-pedas
01:04Dan jangan lupa tambah garam dan juga perasa gaul masak sebati
01:09Bila dah macam ni, kita tengok tu
01:11Ya Allah sedapnya
01:12Tutup api, tabur daun bawang, dah siap untuk dihidam
01:16Makan dengan nasi putih, memang layan
01:18Ingat makan, ingat rasa

Recommended