00:00Ketegangan politik semakin memuncak di Sabah selepas pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional hari ini mengumumkan semua keputusan penting berkaitan PRN akan dimuktamadkan oleh kepimpinan pusat.
00:15Seorang pemimpin kanan gabungan rakyat Sabah berkata langkah itu nampaknya telah melucutkan otonomi PH Sabah.
00:21Beliau berkata perkembangan ini menimbulkan kemarahan ramai pemimpin tempatan yang menegaskan hala tujuh parti peringkat negeri dan nasib politik Sabah harus diputuskan oleh rakyat Sabah.
00:33Katanya menyerahkan proses membuat keputusan muktamad kepada kepimpinan persekutuan kedua-dua gabungan tidak mempedulikan landscape politik Sabah yang unik.
00:42Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan pagi ini memalumkan bahawa perbincangan mengenai kerjasama antara BN dan PH akan dikendalikan secara bersama oleh kepimpinan peringkat negeri masing-masing.
00:57Bagaimanapun kenyataan itu juga berkata segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN.
01:04Pemimpin GRS berkenaan berkata itu adalah antara sebab rakyat Sabah berasa diketepikan kerana keputusan mengenai negeri ditentukan oleh orang luar.