00:00Seorang aktivis Sabah menegaskan tidak adil untuk mendakwa pentadbiran parti tempatan di Sabah hanya membawa sedikit pembangunan dengan memberi contoh sumbangan pemimpin seperti bekas Ketua Menteri Haris Saleh.
00:14Johan Arifin Samad berkata Presiden parti berjaya itu yang memimpin Sabah hampir 10 tahun masih dianggap bapa pembangunan industri dan pertanian negeri itu.
00:25Johan merujuk kenyataan Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtaradin.
00:30Bahawa Sabah mengalami pembangunan minimum di bawah parti tempatan.
00:34Johan turut menolak dawaan Bung bahawa perubahan sebenar hanya berlaku pada 1994 apabila Barisan Nasional mengambil alih pentadbiran negeri.
00:44Malah Johan mendakwa UMNO gagal mengeluarkan Sabah daripada salah satu negeri yang merekodkan jumlah kemiskinan tertinggi.
00:51Beliau juga menegaskan UMNO dan BN gagal menyelesaikan isu pendatang tanpa dokumen yang masih berterusan walaupun selepas penemuan suruhan jaya siasatan diraja mengenai projek IC.