00:01Bung Mokhtaradin perlu menerima hakikat UMNO Sabah bukan lagi kuasa seperti dahulu di negeri Malaysia Timur itu, kata penganalisis politik.
00:11Lee Kho-Tiong dari Universiti Malaysia Sabah berkata, walaupun UMNO pernah menguasai Sabah, landscape politik negeri ketika itu sangat berbeza dengan hanya sedikit parti tempatan yang bersaing.
00:24Beliau menegaskan beberapa parti muncul di Sabah selepas ramai pemimpin keluar UMNO, antaranya Warisan Pimpinan Syafiq Abdal, Gabungan Rakyat Sabah dipimpin Haji Jinur dan Bersatu Sabah yang diterajui bekas pemimpin UMNO, Ronald Kiyandi.
00:42Lee memberi amaran kepada Bung, memperlekihkan sentimen parti tempatan berisiko menjauhkan pengundi, terutama apabila semakin ramai yang melihat perwakilan tempatan dalam dun sebagai sesuatu yang penting.
00:56Azmi Hassan dari Akademi Nusantara Senada, bahawa tidak bijak untuk memandang rendah sentimen parti tempatan yang disifatkannya sebagai sangat-sangat tinggi, walaupun percaya UMNO masih kekal sebagai kuasa yang perlu diberi perhatian di Sabah.