00:00Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi dilihat cuba menggambarkan komponen itu berada dalam keadaan stabil berdepan PRN Sabah dengan menafikan kewujudan beberapa kamp, kata penganalisis.
00:13Sebelum ini, wujud persepsi BN, terutama UMNO Sabah, terbahagi kepada kamp ketuanya Bung Mottaradin dan timbalannya Abdul Rahman Dalan yang dilihat berbeza pendapat dalam beberapa isu.
00:24Bilce Bala dan Syahrudin Awang Ahmad dari Universiti Malaysia Sabah berkata, pendegasan Zahid terhadap spekulasi perpecahan dalaman itu menunjukkan kepimpinan parti mampu mengendalikan kabar angin dengan tenang dan profesional.
00:38Syahrudin berkata, selaku ketua gabungan, Zahid dilihat cuba menenangkan penyokong Bung Mottar dan Rahman serta akar umbinya bahawa semua pihak dalam satu pasukan dan tidak terbawa-bawa dengan emosi kumpulan tertentu dalam parti.
00:52Bilce dan Syahrudin juga setuju tindakan Zahid mampu meningkatkan sokongan akar umbi dan pengundi selain menunjukkan kemampuan UMNO mentakbir dengan efektif dan mengatasi cabaran yang mungkin timbul.