Mazlan Ali dan Tawfik Yaakub berpendapat Nurul Izzah Anwar serta Saifuddin Nasution Ismail layak tanding jawatan timbalan presiden berdasarkan perjuangan dan 'kesetiaan' mereka.
00:00Kekalahan Kem Timbalan Presiden pada pemilihan bahagian PKR menunjukkan pengaruh Rafizi Ramli semakin merosot, kata penganalisis.
00:10Mazlan Ali dan Tafi Yaakob berkata kekalahan itu membuka ruang kepada pertandingan jawatan di sandang Rafizi
00:16yang sebelum ini peluangnya dijangka cerah berdasarkan kenyataan Presiden Anwar Ibrahim Februari lalu yang mahu Rafizi diberi laluan mudah mempertahankan jawatannya.
00:26Kedua-dua penganalisis melihat bekas setiausaha agung Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar yang mendapat sokongan kuat akar umbi mutakhir ini
00:37dijangka turun ke gelanggang pada pemilihan 23 Mei ini.
00:42Mazlan dari Universiti Teknologi Malaysia berpendapat tidak wujud soal kronisma atau elemen pilih kasih
00:48jika Izzah menawarkan diri bertanding dan menang sekaligus berganding bersama bapanya menerajui PKR.
00:56Taufik dari Universiti Melayu pula berpendapat Rafizi mungkin perlu mengudur diri daripada pertanding berdasarkan sokongan diterima Izzah dan Saifuddin setakat ini.
01:07Semalam majoriti bahagian PKR Pulau Pinang, Melaka, Perak, Selangor, Pahang, Kedah dan Kelantan menyokong pencalonan Izzah
01:15bertanding jawatan timbalan Presiden manakala Saifuddin disokong PKR Tanjung Karang.