Pemilihan Saifuddin Nasution Ismail untuk berganding dengan Nurul Izzah Anwar sebagai pengarah pilihan raya bersama PKR menimbulkan ‘misteri besar’ berhubung strategi parti itu, menurut penganalisis.
00:00Pemilihan Saifuddin Nasution Ismail untuk berganding dengan Nurul Izzah Anwar sebagai pengarah pilihan raya bersama PKR
00:09menimbulkan misteri besar berhubung strategi parti itu, menurut penganalisis Ahmad Fawzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia.
00:18Beliau berkata pelantikan Nurul Izzah boleh difahami lantaran kedudukannya selaku pemimpin No. 2 parti
00:24namun pemilihan Saifuddin menimbulkan persoalan memandangkan beliau tewas pada PRU lalu.
00:32Fawzi tidak menolak kemungkinan pelantikan Saifuddin bertujuan untuk melengkapi Nurul Izzah dengan beliau dilihat sebagai hulu balang dalam gandingan itu.
00:41Tambahan katanya gandingan ini akan memudahkan gerak kerja parti dan Pakatan Harapan dalam menggerakkan jentera pilihan raya.
00:48Syahruddin Awang Ahmad dari Universiti Malaysia Sabah berkata pelantikan itu mungkin menunjukkan kesediaan PKR
00:56untuk mengambil risiko dan memanfaatkan kemahiran Saifuddin dalam perancangan strategi walaupun beliau tidak mempunyai kedudukan akar umbi kukuh.
01:06Katanya Nurul Izzah boleh menampung kelemahan Saifuddin dari segi populariti akar umbi
01:12manakala Saifuddin pula menyumbang dari sudut strategi.