Saifuddin Nasution Ismail menepis kenyataan Rafizi Ramli berhubung penolakan sokongan terhadap Presiden PKR dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim jika Nurul Izzah kalah pertandingan jawatan timbalan presiden.
00:00Saifuddin Asution Ismail menepis kenyataan Rafizi Ramli berhubung penolakan sokongan terhadap Presiden PKR dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim jika Nurul Izzah Anwar kalah pertandingan jawatan timbalan Presiden.
00:14Ketua Setiausaha Pakatan Harapan berkata pertarungan itu hanya antara Rafizi dan Nurul Izzah dan tidak wajar dilihat sebagai penolakan terhadap Anwar.
00:23Semalam Rafizi menyeru perwakilan PKR mengundi Nurul Izzah sebagai timbalan Presiden kerana menurutnya kekalahan Izzah boleh memberi gambaran buruk terhadap Anwar sebagai Presiden Parti.
00:34Rafizi dan Nurul Izzah akan bertembung satu lawan satu bagi jawatan timbalan Presiden.
00:39Pada pemilihan 2022, Rafizi menang jawatan itu. Nurul Izzah ketika itu tidak bertanding dan dilantik sebagai naik Presiden PKR.
00:48Sementara itu Saifuddin yang juga ahli Biro politik PKR berkata seruan Rafizi supaya perwakilan mengundi Nurul Izzah menunjukkan keunikan PKR, sesuatu yang tidak berlaku dalam parti politik lain.