Mahkamah Rayuan telah membenarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menangguhkan saman sivil yang dikemukakan oleh bekas pembantu penyelidik berhubung dakwaan serangan.
00:00Mahkamah Rayuan membenarkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menangguhkan saman sivil yang dikemukakan bekas pembantu penyelidik Yusof Rotter berhubung dawaan serangan.
00:10Penangguhan itu sementara menunggu keputusan rayuan Perdana Menteri kepada Mahkamah Rayuan terhadap keengganan Mahkamah Tinggi merujuk 8 persoalan undang-undang yang timbul daripada saman itu kepada Mahkamah Persekutuan untuk Penentuan.
00:22Panel tiga anggota yang dipengerusikan Rozima Ghazali berkata penangguhan perlu diberikan kerana Anwar telah menunjukkan keadaan luar biasa.
00:32Namun Rozima berkata rayuan Anwar akan dibatalkan sekiranya permohonan itu tidak dibenarkan.
00:40Mahkamah juga menetapkan 2 September untuk pengurusan kes di hadapan pendaftar mahkamah bagi menetapkan tarikh pendengaran rayuan Perdana Menteri.
00:48Awal hari ini Peguam Alan Wong yang mewakili Anwar berkata rayuan terhadap keputusan itu tertumpu kepada persoalan sama ada saman sivil yang difalkan terhadap seorang Perdana Menteri yang sedang memegang jawatan,
01:01perlu melalui proses tapisan dan terdapat risiko saman tersebut dipolitikkan.