00:00Impunan Turun Anwar Anjuran Pembangkang Sabtu lalu tidak akan menjejaskan keyakinan pelabur asing secara langsung, kata ahli ekonomi.
00:10Ahmed Razman Abdul Latif dari Putra Business School berkata,
00:14pelancaran demonstrasi yang dibanjiri ribuan peserta tanpa kekecohan dan kerosakan harta benda secara langsung melambangkan kematangan politik.
00:23Katanya ini memberi isyarat jelas kepada pelabur asing bahawa Malaysia mempunyai politik yang stabil dan melambangkan sikap keterbukaan kerajaan dalam meraihkan demokrasi.
00:35Bagaimanapun Abu Sofyan Yaakob dari Kolej Universiti ICATS berkata walaupun kebebasan berhimpun melambangkan Malaysia sebagai negara demokrasi,
00:44ia boleh mencatuskan ketidaktentuan pasaran apabila impunan membawa mesej protes terhadap kepimpinan tertinggi negara.
00:52Katanya himpunan itu tidak semestinya memberi kesan langsung kepada pelaburan asing,
00:57tetapi ia boleh mempengaruhi persepsi kestabilan politik yang seterusnya memberi impak terhadap sentimen pelabur.
01:05Abu Sofyan berkata pasaran modal serta nilai mata wang dalam jangka pendek turut akan terkesan
01:11kerana pelabur asing amat mementingkan kestabilan politik dan kepastian dasar sebelum membuat keputusan pelaburan jangka panjang.