00:00Pertembungan antara Rafizi Rambli dan Nurul Izzah Anwar bagi jawatan no.2 tertinggi dalam PKR boleh menyebabkan parti pemerintah semakin berpecah, kata beberapa pemimpin parti.
00:15Satu sumber kanan parti memberitahu FMT bahawa tiada pemenang sebenar jika pertandingan ini berlaku.
00:22Menurut sumber, jika Rafizi menang, akan ada pihak yang berkata beliau tidak lagi mendapat kepercayaan penuh parti.
00:30Sebaliknya, jika Nurul Izzah menang, pekritik akan berkata ia kerana pengaruh bapanya Presiden PKR merangkap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
00:41Semalam Rafizi menyatakan hasrat untuk mempertahankan jawatan timbalan Presiden, manakala spekulasi semakin memuncak bahawa Nurul Izzah mungkin didesak untuk mencabar Rafizi.
00:53Sumber itu juga berkata perubutan jawatan timbalan Presiden sebelum ini dilihat antara Rafizi dan setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail,
01:05sehinggalah gerakan dalaman telah menaikkan nama Nurul Izzah.
01:10Penamaan calon bagi pemilihan parti dibuka hari ini dan esok dengan pengundian dijadualkan berlangsung pada 23 Mei.