00:00Naib Presiden UMNO Johari Ghani telah menepis kebimbangan bahawa peletakan jawatan Tengku Zafrul Aziz daripada parti itu akan menjejaskan hubungan antara UMNO dan PKR dalam Kerajaan Perpaduan.
00:14Johari yang juga Menteri Peladangan dan Komediti berkata kedua-dua parti perlu terus bekerjasama demi kestabilan politik negara.
00:22Semalam Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Pedagangan dan Industri mengumumkan peletakan jawatan daripada UMNO dan semua jawatan parti dan akan memohon menyertai PKR diketuai oleh Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri.
00:38Memetik keserasian dan kesesuaian, Tengku Zafrul berkata beliau memutuskan untuk meninggalkan UMNO selepas mendapatkan nasihat daripada rakan dalam dan luar parti.
00:49Tindakannya itu telah mencetuskan tindak balas daripada pemimpin UMNO.
00:54Setiausaha agung parti Ashraf Wajri Dusuki mengifatkan amat tidak wajar bagaimana-mana parti komponen dalam gabungan perpaduan untuk menerima ahli daripada parti lain tanpa rundingan yang sewajarnya.
01:07Manakala ahli majlis kerja tertinggi UMNO, Puat Zarkashi memberi amaran parti itu tidak boleh dipersalahkan sekiranya akar umbinya mula hilang keyakinan terhadap Anwar berhubung penerimaan Tengku Zafrul ke dalam PKR.