00:00Tidak ada parti dalam Barisan Nasional harus berkelakuan seperti Abang Besar, kata Bendahari Barisan Nasional Sabah, Saleh Said Kruang.
00:10Bekas Ketua Benteri itu berkata BN Sabah sedang meneroka formula baharu yang akan memastikan perwakilan politik yang adil, mewakili masyarakat majmuk.
00:20Katanya formula baharu itu bukan sahaja mengenai perkongsian kuasa, tetapi penyelesaian politik yang boleh memuaskan hati semua pihak.
00:30Saleh menambah BN Sabah akan menggunakan model-model lalu sebagai panduan dalam rangka formula berkenaan.
00:38Beliau berkata sebelum ini Bumi Putra terbagi kepada orang Islam dan bukan Islam dan perbincangan perlu diadakan supaya Bumi Putra bermaksud Bumi Putra Islam dan Bumi Putra Bukan Islam.
00:50Saleh juga berkata BN sedang menyediakan suatu draft komitmen untuk rakyat Sabah berkenaan menangani isu-isu asas dan beliau secara pribadi berikrar untuk memimpin usaha itu.