00:00Sarawak bukan bersikap tamak atau keterlaluan dalam menuntut haknya kerana tuntutan itu dibuat berdasarkan Perlembagaan Pesekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963, kata Premier Sarawak Abang Johari Openg.
00:14Beliau berkata gabungan Parti Sarawak akan terus memperjuangkan hak Sarawak melalui rundingan dengan Kerajaan Pesekutuan, berlandaskan kerangka MA63.
00:24Katanya anak Sarawak tidak pernah diberi tanggungjawab sebagai timbalan Perdana Menteri sebelum ini dan pelatihkan Fadilah Yusof membuktikan bahawa Sarawak di bawah platform GPS adalah kuasa politik yang dihormati.
00:37Abang Johari berkata kerjasama erat yang terjalin dengan Kerajaan Pesekutuan diteruskan demi kepentingan bersama negara dan Sarawak selain yakin bahawa perjuangan memakmurkan negeri tidak menjejaskan usaha membangunkan negara.
00:51Beliau turut mengimbas keputusan penting yang dibuat oleh pemimpin Sarawak 62 tahun lalu untuk menyertai pembentukan Malaysia demi keselamatan dan kemakmuran yang lebih terjamin.
01:03Malah kini Sarawak menyumbang hampir 10% kepada keluaran dalam negara kasar menjadikannya antara penyumbang tertinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia.