00:00Penganalisis politik menyokong penegasan timbalan Presiden UMNO, Muhammad Hassan, bahawa parti itu mesti kekal dalam kerajaan supaya dapat memperjuangkan ajedah Bumi Putra dengan berkesan.
00:12Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisamuddin Bakar berkata, Muhammad atau dipanggil tokmat, realistik dan sedar parti itu hanya boleh menjadi sebahagian pihak yang membentuk dasar pro-Bumi Putra dan mempengaruhi naratif komuniti itu dalam kerangka nasional jika kekal dalam kerajaan.
00:30Hisamuddin berkata, parti bukan kerajaan tidak cukup alat dan sokongan institusi diperlukan untuk menyampaikan manfaat ketara buat komuniti itu menyebabkan mereka sangat bergantung pada slogan retorik dan populis untuk meraih sokongan.
00:44Muhammad berkata demikian dua minggu selepas bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan perbetukan Pakatan Perpaduan Melayu yang longgar untuk menyelamatkan komuniti itu daripada apa yang disifatkannya sebagai kemerosotan politik dan ekonomi.
01:00Bekas Menteri Undang-Undang Zaid Ibrahim bagaimanapun menawarkan perspektif yang berbeza berkata beliau kecewa tetapi tidaklah terkejut dengan justifikasi timbalan Presiden UMNO itu.
01:11Zaid mendakwa walaupun dengan kehadiran UMNO, kerajaan masih belum merangka dasar-dasar ekonomi yang benar-benar mengangkat martabat orang Melayu.