00:00Gabungan rakyat Sabah dijangka membentuk Pakatan Pilihan Raya dengan Pakatan Harapan menjelang PRN Sabah akan datang.
00:09Demikian pandangan Adun Kunak Nur Azlinah Arif.
00:13Beliau berkata Haji Ji Nur yang juga Ketua Menteri mahu membalas Budi PH kerana menyokong pentadbirannya pada Januari 2023 selepas UMNO menarik balik sokongan.
00:26Berdasarkan kematangan politik Haji Ji Nur Azlinah yakin akan wujud kerjasama dengan PH lantaran semangat kesetiaan yang kuat yang diberikan susulan langkah Kinabalu.
00:39Beliau juga menuduh bekas partinya warisan tidak memberi sokongan yang sama dalam kerjasama sebelum ini.
00:46Katanya rakyat Sabah menghukum parti itu apabila warisan hanya menang 3 kerusi parlimen berbanding 8 sebelum ini
00:53dan ia bertunjuk jelas bahawa rakyat Sabah menghargai kesetiaan dan kerjasama dalam membentuk kerajaan yang stabil.