Terlalu bergantung kepada PAS dan retorik memperjuangkan isu Melayu mungkin menyumbang kepada kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada PRK Ayer Kuning semalam.
00:00Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berpendapat terlalu bergantung kepada PAS dan Ritori memperjuangkan isu Melayu mungkin menyumbang kepada kekalahan Perikatan Nasional pada PRK Air Kuning semalam.
00:15Katanya strategi PN kurang berkesan kepada pengundi Melayu sederhana dan demografi pelbagai etnik di Air Kuning apabila berkempen menggunakan isu nasional seperti kuasa hidup, inflasi dan sentimen Melayu-Islam.
00:28Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata majoriti lebih besar di Rai BN menunjukkan kerjasama dengan Pakatan Harapan berhasil walaupun corak pengundian menunjukkan ramai penyokong BNPH mungkin bersikap berkecuali.
00:43Sementara Pemuda PAS menyambut keputusan PRK semalam dengan berkata sokongan akar umbi kepada BN tidak terjejas walaupun diasak jentera kerajaan dengan mengekalkan undi teras sekitar 5,000 hingga 6,000 undi.
00:58Menurut Pemuda PAS lagi, BN gagal capai sasaran 18,000 undi walaupun calonnya Muhammad Yusri Bakir memenangi PRK itu dengan majoriti 5,006 undi, lebih 2 kali ganda daripada majoriti 2,213 undi yang diperoleh pada PRU 2022.
01:16Menegala calon PN Abdul Mohamin Malik daripada PAS meraih 6,059 undi sementara calon Parti Sosialis Malaysia KS Bawani hanya mendapat 1,106 undi.