Pertimbang pengeluaran KWSP sekali lagi - Wan Saiful
  • 7 bulan lalu
BERITA SEMASA 12 OKTOBER 2023

Pembangkang hari ini menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi secara bersasar kepada pencarum yang benar-benar memerlukan dengan tujuan kecemasan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, permintaan itu hadir susulan memorandum yang diterima Perikatan Nasional (PN) daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang mana isu pengeluaran KWSP antara 10 permintaan yang dikemukakan.

Melalui memorandum sama PGIRM turut meminta kerajaan memudahkan individu yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19 untuk kembali ke alam pekerjaan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen