Video pelumba LTdL bergaduh, seorang disingkirkan

  • 6 years ago
Tular di laman sosial video berdurasi 39 saat memaparkan dua pelumba Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL) bergaduh.

Dalam video yang berlaku di kawasan Pasar Payang itu memaparkan dua pelumba saling serang menyerang sebelum dileraikan oleh pelumba lain.

Menurut laporan Berita Harian, pelumba berkenaan adalah Chen Zhiwen dari pasukan Giant Cycling Team dari China dan Mohd Hariff Salleh dari pasukan Terengganu Cycling Team.

Komisar LTdL 2018 dalam laporan membuat keputusan menyingkirkan Chen Zhiwen mengikut Artikel 30.1 kerana bertindak ganas ke atas pelumba lain dan Artikel 37bis atas kesalahan melakukan perbuatan merosakkan imej sukan berbasikal.

Manakala itu Mohd Hariff juga didapati bersalah mengikut artikel sama dan dikenakan denda.

Video rakaman orang awam itu tular dan menunjukkan Zhiwen menyerang Mohd Hariff terelebih dahulu sebelum Hariff membalas dengan membaling basikal ke arah Zhiwen.