Khairul juara ... Adam pamer semangat juang sebenar pelumba

  • 8 years ago
Kemenangan berganda dua pelumba negara Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin tidak menjadi kenyataan awal pagi tadi.

Khairul mencipta sejarah menjadi pelumba Malaysia pertama memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina.

Namun Adam walaupun tidak memenanginya tetap mendapat perhatian apabila mempamerkan semangat juang sebenar sebagai seorang pelumba apaila sanggup menolak motosikalnya kegarisan penamat.

Adam berpeluang menduduki tangga ke dua perlumbaan tersebut tetapi terjatuh sebaik sahaja sebelum garisan penamat.