Kedah juara Piala Belia, Akhyar pamer permainan luar biasa

  • 7 years ago
Skuad bawah 19 tahun (B-19) Kedah mencipta sejarah dengan menjuarai Piala Belia selepas menumpaskan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

Bermain di laman sendiri Kedah ternyata cukup bersemangat memburu gol dan ia terhasil pada minit ke-53 hasil jaringan Kapten Asnawi Sonkurnain.

Pemain berbisa Kedah Akhyar Rashid mempamerkan aksi luar biasa mengkucar kacirkan pertahanan lawan dengan skil dan gerakan yang menghiburkan penonton.

Kedah dan SSMP berkongsi agregate 3-3 tetapi Kedah muncul juara menerusi peraturan jaringan di tempat lawan.