Bunyi luar biasa dirakam kotak hitam

  • 9 years ago
Media Rusia melaporkan data kotak hitam pesawat penumpang yang terhempas di Mesir pada Sabtu lalu, merakamkan bunyi luar biasa, sekali gus menghangatkan lagi spekulasi tentang pembabitan pihak ketiga yang menjadi punca tragedi itu.

Perkembangan terbaharu itu muncul selepas sebuah rangkaian televisyen Amerika Syarikat (AS) mendedahkan imej satelit yang mengesan cahaya haba semasa pesawat yang membawa 224 orang terbabit terhempas di Semenanjung Sinai.