Muhyiddin dapat disingkirkan sekarang_ Ianya mustahil! - Zuraida
  • 3 years ago
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zuraida Kamaruddin percaya kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri tetap selamat kerana tiada mana-mana pihak dapat mengumpulkan sokongan untuk menyingkirkannya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Zuraida berkata ini kerana Umno telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Malah katanya, pemimpin Pejuang Dr Mahathir Mohamad juga tidak boleh bekerjasama dengan Anwar.