'Seorang dari enam mangsa kritikal dibenar pulang' - Wee

  • 3 years ago
Mengulas berhubung keadaan mangsa, Menteri Kesihatan Wee Ka Siong berkata, seorang mangsa masih ditempatkan di pusat perubatan swasta dan empat lagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan serta rawatan selanjutnya.

"Mangsa yang parah ada enam orang semuanya, seorang sudah dibenarkan pulang ke rumah dan baki masih di hospital.

"Saya sudah berjumpa dengan semua keluarga mangsa terbabit untuk menzahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang berlaku, kita akan terus pantau keadaan mangsa dan doakan mereka cepat sembuh," katanya.

Terdahulu, seramai 213 penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dilaporkan cedera selepas tren berkenaan brek secara mengejut berhampiran Stesen KLCC dan Kampung Baru.


Sumber video:
https://fb.watch/5MnmQFRP4H/