Banjir kilat melanda Seremban dan Rantau, seorang dilaporkan hilang
  • 3 years ago
Hujan lebat sekitar 1 pagi telah menyebabkan beberapa kawasan di daerah Seremban dan Rantau
dinaiki air sehingga mencecah paras antara dua dan empat meter.

Menurut laporan Bernama, seramai 40 anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) terlibat dalam operasi memindahkan mangsa banjir selepas menerima maklumat.

Sementara itu Bernama turut melaporkan, seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir kilat di Jalan Rasah, Taman Happy awal pagi ini.

Sumber visual: Media sosial