Banjir kilat: Annuar mahu penyelesaian jangka panjang, kaji kesan projek pembangunan
  • 4 years ago
Kementerian Wilayah Persekutuan sedang mencari jalan penyelesaian jangka panjang bagi mencegah banjir kilat yang serupa dengan yang melanda sebahagian ibu negara petang semalam.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, beliau akan meminta laporan dari Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai keberkesanan sistem pengairan dan tebatan banjir.

Selain itu, kajian akan dilakukan untuk meneliti hubungan kejadian banjir kilat dengan projek pembangunan yang sedang berjalan di Kuala Lumpur.