Malaysia sekat kemasukan pemegang pas jangka panjang India, Indonesia, Filipina (1)

  • 4 years ago
Malaysia akan menyekat kemasukan pemegang pas jangka panjang dari India, Indonesia dan Filipina bermula 7 Sept ini berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di negara-negara berkenaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.

Turut disekat ialah pasangan kepada warganegara Malaysia dan anak-anak mereka serta pelajar dari ketiga-ketiga negara berkenaan yang ingin kembali ke Malaysia.