Malaysia 'mengamuk' belasah Indonesia 18-1

  • 7 years ago
Pasukan negara bermula garang pada aksi pertama hoki lelaki Sukan Sea selepas membelasah Indonesia 18-1 semalam.

Pasukan negara membuka jaringan seawal minit pertama menerusi Faizal Saari, gol kedua dan ketiga selang dua minit kemudian oleh Fitri Saari dan Razie Rahim.

Separuh masa pertama Malaysia selesa mendahului Indonesia dengan 9-0.

Gol saguhati Indonesia dijaringkan pemain Abdullah Al Akbar pada minit ke-34. Selepas itu serangan Malaysia terus menghasilkan sembilan gol untuk keputusan 18-1.

Pasukan wanita negara sebelum itu turut membelasah pasukan Singapura 5-0.