Jerebu: Malaysia gerak aset bantu Indonesia
  • 9 years ago
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan Malaysia akan menghantar aset ketenteraan dikelolakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi membantu memadamkan kebakaran di sekitar Palembang, Indonesia seawal petang ini.

Katanya, pada mesyuarat kabinet semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta beliau mengkoordinasi misi bantuan dan beliau telah menghubungi rakan sejawatannya di Indonesia, Ryamizard Ryacudu dan Menteri Luar, Retno Marsudi berhubung perkara itu.